Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Zika: Kelompok pertama disahkan di Simon Place; 10 tapak pembiakan nyamuk dihapuskan

Dua kes jangkitan virus Zika disahkan di Simon Place di Hougang, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan hari ini (29 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Mar 2017 08:24PM Dikemas Kini : 30 Mar 2017 02:14AM

SINGAPURA: Dua kes jangkitan virus Zika disahkan di Simon Place di Hougang, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan hari ini (29 Mac).

Ini adalah kelompok Zika yang pertama dilaporkan di Singapura tahun ini.

Kedua-dua kes itu melibatkan penduduk dari rumah yang sama, dedah NEA dalam satu kenyataan media.

Kelompok Zika disahkan semalam (28 Mac) dan operasi-operasi kawalan nyamuk sedang dijalankan di kawasan tersebut.

"Setakat 29 Mac, NEA sudah memeriksa sekitar 120 daripada sekitar 400 premis di kelompok Simon Place bagi mencari tempat pembiakan nyamuk dan juga menjalankan pemeriksaan di kawasan tersebut," menurut agensi itu.

"10 tapak pembiakan - merangkumi tujuh dalam rumah-rumah dan tiga di kawasan umum atau premis lain - sudahpun dikesan dan dihapuskan," tambahnya lagi.

NEA turut menyatakan bahawa ia sudah menjalankan semburan bagi mencegah serangga di kawasan tertutup, serta semburan asap di kawasan luar rumah.

Dalam pada itu, usaha-usaha bantuan sedang dijalankan oleh para pegawai NEA dan sukarelawan akar umbi di kawasan tersebut untuk membahagi-bahagikan risalah maklumat Zika dan pencegah serangga kepada rumah-rumah.

NEA menggesa para penduduk untuk membenarkan para pegawai untuk melakukan pemeriksaan dan semburan di dalam rumah mereka jika perlu. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan