Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Zainal Sapari alu-alukan inisiatif bantu pekerja bergaji rendah

Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Zainal Sapari mengalu-alukan inisiatif dalam Belanjawan tahun ini bagi membantu pekerja bergaji rendah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2016 06:32PM Dikemas Kini : 05 Apr 2016 10:44PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Zainal Sapari mengalu-alukan inisiatif dalam Belanjawan tahun ini bagi membantu pekerja bergaji rendah.

Encik Zainal, yang juga Penolong Setiausaha Agung NTUC, berkata rombakan kepada Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dan Sokongan Latihan Daya Kerja (WTS) bermakna lebih ramai pekerja layak bagi skim tersebut.

"Tetapi, untuk menikmati gaji yang lebih baik, pekerja-pekerja Melayu, terutama yang bergaji rendah, harus memberi tumpuan untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui latihan WSQ," ujar Encik Zainal di Parlimen hari ini (5 Apr).

Beliau menambah bahawa pekerja Melayu yang berkerja dalam sektor penyumberan luar seperti pembersihan, keselamatan dan landskap, boleh mendapat gaji yang lebih baik berdasarkan kemahiran yang boleh diperolehi melalui kursus WSQ.

"Memandangkan sokongan $4.5 bilion yang diberi untuk Program Perubahan Industri, amatlah penting bagi pekerja Melayu, terutama mereka yang bergaji rendah, menggunakan SkillsFuture secara bijaksana untuk memastikan kemahiran baru yang dipelajari dapat dimanfaatkan oleh industri dan syarikat," kata Encik Zainal. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan