Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WP gesa pemerintah ‘tolak’ permohonan judi online

Parti Pekerja (WP) menggesa pemerintah supaya “menolak” permohonan bagi khidmat-khidmat perjudian online.

Anggaran Waktu Membaca:
WP gesa pemerintah ‘tolak’ permohonan judi online

Gambar fail Singapore Pools. (Gambar: Francine Lim)

Diterbitkan : 28 Sep 2016 09:54AM Dikemas Kini : 28 Sep 2016 10:01AM

SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) menggesa pemerintah supaya “menolak” permohonan bagi khidmat-khidmat perjudian online.

Demikian yang dinyatakan parti itu menerusi satu kenyataan di lamannya semalam (27 Sep).

WP menyuarakan keprihatinan tentang permohonan-permohonan yang dibuat oleh Singapore Pools dan Singapore Turf Club (STC) pada tahun lalu.

Menerusi kenyataannya, WP berpendapat ia bercanggah dengan rancangan pemerintah untuk menangani kegiatan perjudian online.

“Apabila pemerintah memutuskan untuk mengambil tindakan menghentikan kegiatan perjudian sedemikian pada 2014, ia menukil kebimbangan terhadap ketagihan dan kemudahan mendapatkan akses kepada perjudian. Sekiranya pemerintah meluluskan permohonan-permohonan itu, Singapore Pools dan STC akan mempunyai cawangan-cawangan perjudian online sepanjang 24 jam di setiap rumah dan menerusi alat mudah alih,” kata Penolong Setiausaha Agung WP, Pritam Singh.

“Semasa pembentangan kedua Rang Undang-Undang Perjudian Online 2014, pemerintah menolak gesaan WP supaya Rang Undang-Undang itu – khususnya klausa berkaitan pengecualian - diserahkan kepada Jawatankusa Khas Parlimen untuk diteliti dan diselia dengan lebih lanjut,” tambah kenyataan tersebut.

WP menekankan bahawa pihaknya “menentang memberikan pengecualian kepada mana-mana pertubuhan untuk mengendalikan khidmat-khidmat perjudian online”.

Pemerintah kini sedang meneliti permohonan-permohonan yang dibuat oleh Singapore Pools dan STC untuk diberi pengecualian daripada Akta Perjudian Online yang diluluskan pada tahun 2014.

Akta itu melarang perjudian online menerusi lelaman, telefon atau peralatan bijak.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan