Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

WiFi percuma di 33 stesen MRT; semua stesen dilengkapi WiFi menjelang 2020

Para penumpang boleh memanfaatkan khidmat WiFi percuma di 33 stesen MRT mulai hari ini (12 Oktober).

Anggaran Waktu Membaca:
WiFi percuma di 33 stesen MRT; semua stesen dilengkapi WiFi menjelang 2020

Poster WiFi percuma di stesen MRT. (Gambar: LTA).

Diterbitkan : 12 Oct 2015 11:10AM Dikemas Kini : 12 Oct 2015 08:44PM

SINGAPURA: Para penumpang boleh memanfaatkan khidmat WiFi percuma di 33 stesen MRT mulai hari ini (12 Oktober).

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Menurut kenyataan tersebut, LTA turut mendedahkan bahawa lima lagi stesen - Buangkok, Kovan, Little India, Paya Lebar dan Potong Pasir - kini menyediakan khidmat WiFi.

Kelima-lima stesen itu adalah antara yang terakhir dalam senarai 33 stesen yang dilengkapi dengan khidmat WiFi percuma melalui projek perintis yang dilancarkan pada Ogos 2014.

Sejak itu, sekitar 700,000 log masuk dicatatkan setiap hari, meningkat tiga kali ganda sejak khidmat itu dilancarkan.

LTA merancang untuk memperluaskan khidmat WiFi percuma itu secara bertahap-tahap dan menjelang 2020, para penumpang boleh memanfaatkan khidmat tersebut di semua stesen MRT dan LRT dan 30 terminal dan pusat pertukaran bas. 

Cik Rosina Howe-Teo, Pengarah Kumpulan bagi Inovasi dan Teknologi Infokom LTA berkata: "Menyediakan khidmat WiFi percuma di 33 stesen adalah sebahagian daripada program kami untuk menawarkan khidmat internet tanpa wayar di rangkaian pengangkutan awam. Ini akan meningkatkan lagi pengalaman penumpang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu memeriksa emel atau mendapatkan berita terkini semasa dalam perjalanan."

Menurut Cik Howe-Teo, LTA akan menggunakan data yang diperolehi untuk memahami tingkah laku penumpang dengan lebih baik lagi dan ini diharap akan dapat mempertingkat khidmat pengangkutan awam di Singapura.

Para penumpang dimaklumkan mengenai khidmat WiFi percuma itu menerusi poster dan pelekat yang ditampal di stesen-stesen kereta api.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan