Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Waterway Point isi 90% ruang runcit sebelum dibuka

Pusat beli belah Waterway Point berjaya mengisi 90 peratus ruang runcit, enam bulan sebelum ia dibuka secara rasmi.

Anggaran Waktu Membaca:
Waterway Point isi 90% ruang runcit sebelum dibuka

Waterway Point. (Gambar: Frasers Centrepoint)

Diterbitkan : 04 Aug 2015 10:32PM Dikemas Kini : 04 Aug 2015 10:35PM

SINGAPURA: Pusat beli belah Waterway Point berjaya mengisi 90 peratus ruang runcit, enam bulan sebelum ia dibuka secara rasmi.

Syarikat Frasers Centrepoint Malls menyatakan bangunan Waterway Point setinggi empat tingkat dan seluas 370,824 kaki persegi itu menawarkan ruang hiburan dan restoran-restoran yang menawarkan pemandangan Punggol Waterway.

Antara penyewa utama termasuk pasar raya FairPrice Finest yang menyediakan khidmat 24 jam, dengan kawasan seluas 30,000 kaki persegi, panggung wayang Shaw Theatres yang menyediakan 1,500 tempat duduk serta kedai buku Times Bookstore seluas 7,335 kaki persegi, yang merupakan cawangan terbesarnya di Singapura.

Waterway Point adalah sebahagian daripada Watertown, sebuah projek pembangunan perumahan pesisiran pantai dan pusat beli belah bersepadu oleh Frasers Centrepoint, Far East Organization dan Sekisui House.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan