Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga Norway yang belasah 2 pemandu teksi dijel 6 minggu

Seorang lelaki warga Norway dijatuhi hukuman penjara enam minggu hari ini (16 Okt) kerana menyerang dua pemandu teksi selepas satu pertikaian mengenai destinasi yang ingin dituju.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Norway yang belasah 2 pemandu teksi dijel 6 minggu

(Gambar: Karmini Devadass)

Diterbitkan : 17 Oct 2017 12:02AM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 12:05AM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Norway dijatuhi hukuman penjara enam minggu hari ini (16 Okt) kerana menyerang dua pemandu teksi selepas satu pertikaian mengenai destinasi yang ingin dituju.

Tore Robech, 43 tahun, didapati bersalah atas dua tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. Tuduhan ketiga bagi melakukan kerosakan diambil kira sewaktu hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa pada awal pagi 20 Julai, Robech yang mabuk menghampiri pemandu teksi Encik Foo Chai Tend, 51 tahun, di Orchard Towers dan minta dihantar ke Nostalgia Hotel di Tiong Bahru.

Namun, Encik Foo tersalah dengar hotel itu sebagai "Costa Rica" dan mengatakan bahawa tidak ada empat sedemikian di sini.

Robech marah dan menumbuk serta menendang Encik Foo di mukanya melalui tingkap teksi.

Encik Foo memegang kaki Robech untuk menghalangnya daripada terus terus menyerang beliau.

Insiden tersebut disaksikan mangsa kedua, Encik Jumaidig Mohamed Siti, 33 tahun, seorang pemandu kereta, yang cuba membantu.

Pihak polis sudah tiba ketika itu tetapi Robech tetap membaling kasutnya ke arah teksi Encik Jumaidig yang mencalar pintu keretanya.

Apabila Encik Jumaidig mendekati Robech, dia bergegas ke arahnya dan menendang beliau sekali di dada, menyebabkan pemandu teksi itu jatuh ke keretanya.

Encik Foo mengalami hematoma dan kecederaan tisu lembut pada tubuhnya sementara Encik Jumaidig sakit di dadanya. Encik Jumaidig mempunyai sejarah masalah tulang belakang, yang menjadi semakin teruk akibat insiden itu. Beliau terpaksa mengambil cuti dari kerja selama beberapa hari.

Robech bekerja di sebuah syarikat harta tanah Norway.

Bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan Robech boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga S$5,000 bagi setiap tuduhan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan