Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga emas yang digigit monyet liar di Bukit Panjang dalam keadaan stabil

Seorang lelaki lanjut usia yang digigit oleh seekor monyet liar pada Isnin (17 Apr) berada dalam keadaan stabil setelah mengalami "luka yang agak parah", menurut Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Panjang  Liang Eng Hwa pada Khamis (20 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2017 05:40PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 11:15PM

SINGAPURA: Seorang lelaki lanjut usia yang digigit oleh seekor monyet liar pada Isnin (17 Apr) berada dalam keadaan stabil setelah mengalami "luka yang agak parah", menurut Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Panjang Liang Eng Hwa pada Khamis (20 Apr).

"Beliau dihantar ke hospital dan mereka menjalankan beberapa pembedahan untuk merawat luka-lukanya," kata Encik Liang, sambil menambah bahawa lelaki tersebut dalam pemerhatian doktor di hospital.

Keluarga lelaki itu memberitahu Mediacorp bahawa beliau sudahpun dibenarkan pulang pada tengah hari Khamis.

Lelaki itu difahamkan cedera akibat diserang seekor monyet yang dilaporkan memasuki rumah di kawasan Segar di Bukit Panjang dan menyerang para penduduk selama beberapa bulan.

Isnin lalu, Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menyifatkan insiden di kejiranan itu sebagai satu "risiko keselamatan awam".

Menurutnya, ia menerima sekitar 160 aduan mengenai serangan dan gangguan monyet di kawasan tersebut sejak Oktober tahun lalu.

Sebuah taklimat umum diadakan pada malam Rabu untuk membincangkan keadaan tersebut, yang turut dihadiri oleh sekitar 150 penduduk.

Sewaktu taklimat itu, Encik Liang memaklumkan para penduduk tentang langkah-langkah yang diambil bagi menangkap monyet tersebut.

Beliau turut memberitahu mereka yang mengalami kecederaan kerana diserang monyet agar memaklumkan kos perubatan kepadanya.

Dalam pada itu, Encik Liang menggesa para penduduk agar bertenang dalam menghadapi situasi tersebut. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan