Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita terperangkap bawah bas, kritikal dalam kemalangan di Sengkang

Seorang wanita berusia 38 tahun dikejarkan ke hospital selepas dilanggar sebuah bas tengah hari tadi (17 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita terperangkap bawah bas, kritikal dalam kemalangan di Sengkang

Anggota SCDF menyelamatkan wanita terperangkap di bawah bas. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 17 Nov 2017 10:22PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 10:24PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 38 tahun dikejarkan ke hospital selepas dilanggar sebuah bas tengah hari tadi (17 Nov).

Mediacorp difahamkan wanita tersebut berada dalam keadaan kritikal.

Kemalangan itu berlaku di persimpangan Anchorvale Road dan Sengkang East Way sekitar 2.40 petang, menurut pihak polis kepada Mediacorp. Wanita berkenaan terperangkap di bawah bas.

Gambar-gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan bas SBS Transit yang tidak bergerak di tepi jalan sementara orang ramai berkerumun, termasuk Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Wanita itu dihantar ke Hospital Khoo Teck Phuat dengan ambulans yang dikerahkan SCDF.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, naib presiden kanan perhubungan korporat SBS Transit, Cik Tammy Tan mengatakan keutamaan syarikat tersebut adalah keadaan pejalan kaki yang terlibat dalam kemalangan itu.

"Kami ke hospital tetapi tidak berjaya untuk menghubunginya atau keluarganya," kata Cik Tan.

"Kami akan terus cuba untuk menghubunginya dan membantunya sebaik mungkin. Sementara itu, kami sedang membantu polis dalam siasatannya." 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan