Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita rakyat S'pura yang diculik di Manila selamat; 45 suspek ditangkap

Seorang wanita rakyat Singapura berusia 48 tahun, yang diculik di lobi sebuah kasino di Manila, sudahpun diselamatkan oleh pihak berkuasa Filipina pada Selasa (18 Jul), menurut beberapa laporan media tempatan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2017 12:09PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 09:04PM

MANILA: Seorang wanita rakyat Singapura berusia 48 tahun, yang diculik di lobi sebuah kasino di Manila, sudahpun diselamatkan oleh pihak berkuasa Filipina pada Selasa (18 Jul), menurut beberapa laporan media tempatan.

Cik Wu Yan dilaporkan diculik di 'Solaire Resort and Casino'. Beliau kemudian diselamatkan dari sebuah unit kondominium selepas para pengawal keselamatan ternampak kakinya terjuntai dari beranda, lapor ABS-CBN News.

Polis mendedahkan seramai 45 suspek dari China dan Malaysia sudahpun ditangkap.

Cik Wu dilaporkan dipukul dan diugut oleh para penculiknya, yang meminta wang tebusan sebanyak AS$180,000 (S$250,000).

Pengarah Kumpulan Anti Penculikan Polis Negara Filipina Glenn Dumlao memberitahu ABS-CBN News bahawa suspek-suspek berkenaan menghubungi ahli keluarga mangsa sambil memukulnya untuk memberi tekanan kepada mereka agar membayar wang tebusan.

Beliau turut berkata bahawa pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat itu pada malam Isnin. "Kami dapat mengesannya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Solaire (Resort and Casino). Kami menjejaki teksi yang digunakan, iaitu sebuah Toyota Avanza," dedah Encik Dumlao.

Pihak berkuasa Filipina menyatakan para penculik itu menganggotai sindiket tailong yang menyasarkan para pemain kasino yang membelanjakan jumlah wang yang besar. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan