Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita ditangkap kerana tipu tiket USS, pakej penginapan

Seorang wanita berusia 20 tahun ditangkap kerana didakwa menipu para mangsa yang mahu membeli tiket untuk ke Universal Studios Singapore (USS) dan pakej penginapan di Hard Rock Hotel Sentosa.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditangkap kerana tipu tiket USS, pakej penginapan

Universal Studios Singapore. (Gambar: CNA / Alvin Chong)

Diterbitkan : 17 Jul 2017 10:47PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 10:49PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 20 tahun ditangkap kerana didakwa menipu para mangsa yang mahu membeli tiket untuk ke Universal Studios Singapore (USS) dan pakej penginapan di Hard Rock Hotel Sentosa.

TIket-tiket tersebut dijual melalui khidmat online Carousell pada kadar potongan harga, menurut polis dalam kenyataannya pada Isnin (17 Jul).

Polis menerima beberapa aduan antara Khamis hingga Ahad lalu daripada mangsa-mangsa yang berkata mereka bertemu dengan suspek berkenaan untuk membuat bayaran.

Suspek itu berjanji bahawa tiket dan pakej itu akan dikirimkan pada keesokan harinya tetapi para mangsa tidak menerimanya. Penjual tersebut juga tidak dapat dihubungi.

Polis berjaya mengenal pasti identiti suspek dan memberkasnya pada Ahad.

Dia akan didakwa di mahkamah pada Selasa dengan tuduhan menipu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Pihak berkuasa juga mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila membeli-belah secara online:

- Lakukan pembelian hanya dari penjual yang diluluskan dan beri perhatian kepada terma dan syarat penjualan tersebut

- Jika bayaran awal diperlukan, gunakan platform beli-belah yang membuat aturan hanya untuk memberikan bayaran anda kepada penjual selepas anda menerima resit barangan itu

- Cuba mengatur masa untuk berjumpa dengan penjual itu secara bertentangan bagi mengesahkan keaslian tiket itu sebelum membuat bayaran. Sentiasa ingat bahawa pihak yang membuat urus niaga dengan anda secara online itu adalah seseorang yang tidak dikenali.

Mereka yang memerlukan nasihat berkaitan penipuan boleh menghubungi talian bantuan antipenipuan di 1800-722-6688 atau layari www.scamalert.sg.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan