Images
  • hari raya light
    Lukisan gerbang Lampu Hari Raya 2017. (Gambar: Jawatankuasa Penyalaan Lampu Hari Raya 2017) 

Waktu operasi kereta api, bas dilanjutkan pada Malam Raya

SINGAPURA: Pengendali pengangkutan SBS Transit akan melanjutkan waktu operasi khidmat kereta api dan beberapa bas tertentu pada malam Hari Raya iaitu Sabtu (24 Jun).

Dalam satu kenyataan media hari ini (19 Jun), SBS Transit mengumumkan khidmat kereta api di Laluan Timur Laut (NEL) dan Downtown dan juga sistem LRT Sengkang dan Punggol akan dilanjutkan sekitar 30 minit pada hari itu.

Di NEL, waktu operasi kereta api terakhir adalah seperti berikut:


Khidmat di sistem LRT Punggol dan Sengkang juga akan dilanjutkan agar ia serentak dengan ketibaan kereta api terakhir di NEL:


Waktu operasi kereta api terakhir di Laluan Downtown adalah seperti berikut:


Waktu operasi bagi 19 khidmat bas juga akan dilanjutkan di pusat pertukaran bas masing-masing. 


- CNA/ru

Top