Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Video remaja mati terjatuh di Orchard Central tersebar online

Satu video tersebar luas seperti menunjukkan detik-detik sebelum remaja lelaki 17 tahun jatuh mati di Orchard Central.

Anggaran Waktu Membaca:
Video remaja mati terjatuh di Orchard Central tersebar online

Gambar daripada video yang menunjukkan detik-detik sebelum remaja lelaki itu jatuh dari tingkat empat Orchard Central.

SINGAPURA: Satu video tersebar luas seperti menunjukkan detik-detik sebelum remaja lelaki 17 tahun jatuh mati di Orchard Central pada Jumaat (24 Feb).

Video selama 15 saat itu menunjukkan seorang remaja lelaki dan perempuan berdiri di laluan yang menghubungkan Orchard Central dan Orchard Gateway, dan nampak seperti dirakam dari bahagian Orchard Gateway.

Kedua-dua remaja itu nampak seperti sedang bersembang sebelum remaja perempuan itu menunjuk ke arah susur.

Dengan menggunakan kedua-dua tangannya, remaja lelaki itu meloncat daripada susur itu dan tidak dapat dilihat di video itu.

Ini sedang remaja perempuan itu mengangkat tangan kanannya, seperti sedang merakam remaja lelaki itu dengan menggunakan telefon bimbit.

Beberapa saat kemudian, remaja perempuan itu nampak panik dan bergegas untuk melihat di susur berkenaan.

Sebagai respons kepada soalan diajukan Mediacorp, Ketua Pegawai Operasi Far East Organization Mavis Seow berkata struktur papan itu adalah "sebahagian daripada seni bina dalaman" bangunan itu.

Beliau menarik perhatian susur kaca di jambatan itu setinggi 1.2m dan bertindak sebagai penghadang keselamatan, sambil menambah ia menghalang akses ke "papan belebas" itu.

Cik Seow menambah bersama dengan para perunding bangunan syarikat itu, mereka sedang menyemak jika langkah-langkah selanjutnya diperlukan, sebagai tambahan kepada penghadang kaca berkenaan. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan