Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Versi Vietnam bagi memoir Lee Kuan Yew dilancarkan

Penterjemahan Vietnam bagi memoir Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew dilancarkan semalam (23 Mac) di Hanoi, bagi memperingati ulang tahun kedua pemergian mendiang pemimpin Singapura itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Versi Vietnam bagi memoir Lee Kuan Yew dilancarkan

Panel-panel tanda peringatan Lee Kuan Yew di Duxton Plain Park. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 24 Mar 2017 10:09AM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 10:13AM

HANOI: Penterjemahan Vietnam bagi memoir Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew dilancarkan semalam (23 Mac) di Hanoi, bagi memperingati ulang tahun kedua pemergian mendiang pemimpin Singapura itu.

The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew mengandungi kisah-kisah peribadi Encik Lee sebelum Singapura merdeka, termasuk zaman pentadbiran tentera British, Perang Dunia Kedua dan Penjajahan Jepun.

Ia turut memaparkan tentang kesukaran yang dihadapi Singapura selepas ia mencapai kemerdekaan. Buku tersebut juga diterjemahkan oleh Pusat Kerjasama Intelektual Vietnam dan Omega Books.

Bercakap di majlis pelancaran tersebut, Setiausaha Parlimen (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) Baey Yam Keng menarik perhatian bahawa Encik Lee pertama kali mengadakan lawatan ke Vietnam pada 1992, sewaktu peringkat awal penyusunan semula Doi Moi.

Lawatan tersebut adalah yang pertama oleh seorang pemimpin kanan Singapura, menurut Encik Baey, sambil menambah bahawa Encik Lee amat berminat dengan Vietnam dan menjalin persahabatan yang erat dan rapat dengan para pemimpin negara itu.

Encik Baey adalah sebahagian daripada delegasi yang mengiringi Perdana Menteri Lee Hsien Loong bagi lawatan rasmi ke Vietnam. PM Lee tidak dapat menghadiri majlis pelancaran buku tersebut kerana beberapa urusan lain. 

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan