Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usulan para AP kekalkan warisan Lee Kuan Yew

Para Anggota Parlimen yang berucap di Parlimen berkata mereka menghormati permintaan mendiang Encik Lee Kuan Yew untuk merobohkan rumahnya di Oxley Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Apr 2015 08:17PM Dikemas Kini : 13 Apr 2015 08:47PM

SINGAPURA: Para Anggota Parlimen yang berucap di Parlimen berkata mereka menghormati permintaan mendiang Encik Lee Kuan Yew untuk merobohkan rumahnya di Oxley Road.

Namun mereka mahu lebih banyak dilakukan untuk mengekalkan nilai warisannya bagi generasi masa depan.

Dan dalam mengiktiraf pemimpin-pemimpin perintis, terdapat juga saranan untuk melakukan lebih daripada hanya suatu peringatan.

Antara saranan yang diutarakan pada AP ialah menyimpan imej rumah mendiang Encik Lee di 38 Oxley Road dalam bentuk digital serta melakukan lawatan maya ke rumah beliau.

Terdapat juga permintaan untuk melibatkan kurator dan juga sejarawan, dan bagi jawatankuasa yang dibentuk untuk memikirkan bentuk peringatan yang sesuai bagi bapa-bapa pengasas Singapura.

PM Lee berkata rumah ayahnya sudah tercatat dalam rekod dan saranan-saranan itu boleh dipertimbangkan.

Terdapat juga permintaan untuk memperingati nilai-nilai yang dimiliki bapa pengasas Singapura, melebihi menubuhkan sebuah peringatan.

AP GRC Zainal Sapari bertanya di Parlimen :"Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat minoriti seperti masyarakat Melayu, dalam usaha untuk mengingati jasa dan sumbangan mendiang Encik Lee Kuan Yew dan juga pemimpin-pemimpin perintis yang lain dalam pembangunan masyarakat dan negara kita, supaya generasi muda hadapan dapat iktibar atas pengorbanan yang mereka buat?"

Menjawab pertanyaan beliau, PM Lee berkata cara masyarakat minoriti mengiktiraf sumbangan mendiang Encik Lee bukan dengan mengadakan sambutan sendiri, tetapi menyertai usaha negara dalam melakukannya.

PM Lee turut berkata beliau gembira pertubuhan-pertubuhan Melayu sedang memimpin satu acara menyambut SG50 yang melibatkan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu. Dengan cara beginilah yang diharapkan rakyat Singapura akan memperingati mendiang Encik Lee. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan