Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha hasilkan huraian dalam bidang pengurusan air, perumahan & perancangan bandar dibincang

Inisiatif -inisitiaf untuk mendatangkan huraian-huraian dalam bidang pengurusan air, perumahan dan perancangan bandar dibincang dalam Forum Pemimpin Perbandaran Asia hari ini (20 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Usaha hasilkan huraian dalam bidang pengurusan air, perumahan & perancangan bandar dibincang

CBD. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 09:58PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 11:12PM

SINGAPURA: Inisiatif -inisitiaf untuk mendatangkan huraian-huraian dalam bidang pengurusan air, perumahan dan perancangan bandar dibincang dalam Forum Pemimpin Perbandaran Asia hari ini (20 Jul).

Forum itu dianjurkan bersama oleh Yayasan Antarabangsa Temasek dan Singapore Cooperation Enterprise.

Ia adalah sebahagian daripada siri forum bertema yang diadakan sepanjang tahun 2017 sempena ulang tahun 10 tahun kerjasama dalam pembangunan keupayaan di Asia dan di luar Asia.

Perbincangan itu diadakan sedang jumlah penduduk bandar kian meningkat dan memastikan kemampanan menjadi agenda genting dalam kalangan perancang bandar.

Berucap di acara itu Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Dr Koh Poh Koon menekankan manfaat prasarana digital yang betul bagi pengurusan dan huraian bandar.

Dr Koh turut menukil koleksi dan analisis data tanpa nama dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menjangkakan dan menangani keperluan pelbagai penumpang.

Teknologi menyumbang kepada pengurangan 92 peratus khidmat bas dengan masalah kesesakan penumpang dan juga mengurangkan purata masa menunggu bagi khidmat yang popular.

Dr Koh juga mengatakan Singapura akan membangunkan pusat-pusat baru ekonomi di luar kawasan pusat bandar (CBD), sebagai sebahagian daripada strategi untuk tidak memusatkannya pada satu-satu lokasi.

Misalnya, Daerah Digital Punggol akan menumpukan perhatian kepada sektor digital dan keselamatan siber. Manakala Woodlands akan menjadi kelompok bagi industri pengilangan dan digital lanjutan.

"Kami bersungguh-sungguh ingin meneroka lebih banyak peluang menggunakan tanah dengan lebih fleksibel di beberapa bidang tanah sedang kami merancang pusat-pusat ekonomi yang baru.

"Pemerintah boleh bekerjasama dengan sektor privet untuk membangunkan, merancang pelbagai aspek dan menguruskan pusat-pusat ekonomi masa akan datang."

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan