Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

URA buka tender bagi tapak di Beach Road

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan melancarkan tender awam bagi tapak komersil dalam Senarai Simpanan di Beach Road.

Anggaran Waktu Membaca:
URA buka tender bagi tapak di Beach Road

Bidang tanah di Beach Road. (Gambar: URA)

Diterbitkan : 22 Jun 2017 09:43AM Dikemas Kini : 22 Jun 2017 09:45AM

SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan melancarkan tender awam bagi tapak komersil dalam Senarai Simpanan di Beach Road, setelah menerima permohonan dari pemaju yang tidak didedahkan identitinya dengan harga bidaan tidak kurang $1.138 bilion.

Sebidang tanah itu pertama kali dibuka untuk dijual pada bulan November 2014. Tapak bagi ruang campuran pejabat dan runcit, dengan keluasan kasar maksimum 88,313 meter persegi, akan dibuka bagi bidaan pada awal bulan depan, menurut URA.

Secara berasingan, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam (21 Jun) memberikan tender bagi tapak campuran komersil dan kediaman di estet Bidadari kepada konsortium Singapore Press Holdings dan Kajima Development dengan bidaan tertinggi $1.132 bilion.

Pada bulan lalu, syarikat Nanshan Group dan Logan Property China menyerahkan dan memenangi bidaan melebihi $1 bilion bagi sebidang tanah di Sterling Road. Ini kali pertama tapak kediaman dalam program Penjualan Tanah Pemerintah menjangkaui kuantum harga tersebut.  

Sumber : Today/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan