Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Universal Studios S'pore taman hiburan terbaik di Asia

SINGAPURA: Universal Studios Singapore (USS) dinamakan taman hiburan terbaik di Asia buat empat tahun berturut-turut berdasarkan rating laman pelancongan TripAdvisor. 

Anggaran Waktu Membaca:
Universal Studios S'pore taman hiburan terbaik di Asia

Universal Studios Singapore. (Gambar: CNA / Alvin Chong)

Diterbitkan : 29 Jun 2017 11:52AM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 11:55AM

SINGAPURA: Universal Studios Singapore (USS) dinamakan taman hiburan terbaik di Asia buat empat tahun berturut-turut berdasarkan rating laman pelancongan TripAdvisor.

Di anugerah Pilihan Pelancong 2017 bagi kategori taman hiburan, taman tema di Sentosa itu turut menduduki tangga ke-17 di peringkat antaranbangsa, menurut TripAdvisor hari ini (29 Jun).

"Pemenang anugerah itu dipilih menggunakan algoritma yang mengambil kira mutu dan jumlah ulasan dan rating bagi taman hiburan di merata dunia, yang dikumpul bagi tempoh 12-bulan," menurut laman pelancongan itu mengenai metodologi di sebalik ranking tersebut.

Berikut adalah 10 taman hiburan terbaik di dunia:

1. Universal’s Islands of Adventure – Orlando, Amerika Syarikat
2. Discovery Cove – Orlando, Amerika Syarikat
3. Europa-Park – Rust, Jerman
4. Magic Kingdom – Orlando, Amerika Syarikat
5. Universal Studios Hollywood – Los Angeles, Amerika Syarikat
6. Le Puy Du Fou – Les Epesses, Perancis
7. Beto Carrero World – Penha, Brazil
8. Universal Studios Florida – Orlando, Amerika Syarikat
9. Epcot – Orlando, Amerika Syarikat
10. Disney’s Animal Kingdom – Orlando, Amerika Syarikat

Di rantau ini pula, dua taman hiburan di Hong Kong - iaitu Disneyland dan Ocean Park - masing-masing disenaraikan di belakang Universal Studios Singapore di tangga kedua dan ketiga.  

Sumber : CNA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan