Images
  • gul circle
    Sebuah kereta api tiba di Stesen MRT Gul Circle. (Gambar: Najeer Yusof)

TWE lancar khidmat hari biasa tanpa masalah

SINGAPURA: Tiga hari setelah dibasahi hujan di beberapa stesen yang menjejas sesi previu awam, Lanjutan Tuas West (TWE) bagi Laluan Timur-barat (EWL) sudah memulakan khidmat kereta api pada hari biasa, iaitu Isnin (19 Jun) tanpa sebarang gangguan.

Khidmat penumpang dimulakan semalam di laluan sepanjang 7.5km itu yang menjangkaui Stesen MRT Joo Koon, yang sebelum ini adalah stesen terakhir di EWL.

Ini memperluaskan laluan berkenaan dengan empat stesen tambahan iaitu: Gul Circle, Tuas Crescent, Tuas West Road dan Tuas Link.

Apabila Mediacorp mengunjungi Stesen MRT Gul Circle sekitar 7.45 pagi, kereta api tidak sesak dan masih terdapat tempat duduk di kebanyakan gerabak.

Para penumpang yang ditemui Mediacorp berkata lanjutan baru itu membantu mereka mengurangkan masa perjalanan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberitahu Mediacorp bahawa stesen-stesen itu direka sedemikian rupa untuk membolehkan cahaya semula jadi menerangi bahagian dalam stesen berkenaan, sekaligus menjadikan suasana "berangin dan terang".

TWE pada asalnya dijadual untuk dibuka menjelang hujung tahun lalu tetapi pembukaannya tertangguh kerana sistem isyarat baru yang digunakan TWE - sama seperti yang diuji pada Laluan Utara-Selatan - perlu menjalani lebih banyak ujian untuk memastikan keutuhannya.

Projek itu adalah jejambat bersepadu landasan-dan-jalan raya pertama Singapura setinggi 23 meter - hampir seganda jejambat biasa MRT.

Dengan ketinggian 33 meter atas tanah, Gul Circle, setinggi kira-kira 10 tingkat blok HDB. Ia juga stesen tertinggi dalam rangkaian MRT. 

- TODAY/ru

Top