Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tunjuk perasaan aman terhadap Pilihan Raya Presiden di Hong Lim Park

Satu 'bantahan secara aman' diadakan di Hong Lim Park hari ini (16 Sep), di mana sesetengah pihak meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Pilihan Raya Presiden yang dikhususkan buat calon Melayu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tunjuk perasaan aman terhadap Pilihan Raya Presiden di Hong Lim Park

Orang ramai di Hong Lim Park sekitar pukul 6.00 petang, 16 Sep. (Gambar: Rachelle Lee)

Diterbitkan : 16 Sep 2017 10:29PM Dikemas Kini : 16 Sep 2017 10:31PM

SINGAPURA: Satu 'bantahan secara aman' diadakan di Hong Lim Park hari ini (16 Sep), di mana sesetengah pihak meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Pilihan Raya Presiden yang dikhususkan buat calon Melayu.

Sebahagian daripada mereka yang hadir membawa sepanduk dan pelekat yang tertera tulisan-tulisan yang berbunyi: "Inilah hari di mana demokrasi sudah mati" dan "Hak mengundi dicantas".

Sebahagian yang lain juga memakai lencana dengan tulisan yang berbunyi: "Saya menentang Pilihan Raya (PE) 2017 yang dikhususkan".

Pihak penganjur bantahan itu, Gilbert Goh, dilihat memakai baju yang tertera 'hashtag' #NotMyPresident (Bukan Presiden Saya).

Encik Goh berkata mereka yang turun padang berbuat demikian kerana ingin menunjukkan rasa tidak puas hati terhdap sistem yang sedia ada dan juga disebabkan hak mengundi mereka disekat dan bukan disebabkan mereka menentang Presiden Halimah Yacob.

"Saya berasa bantahan secara aman yang diadakan hari ini memberikan mesej penting kepada pemerintah. Penting untuk kami bersatu kerana akhirnya orang mahu melihat jumlah (orang yang hadir)," tambah Encik Lim Tean, salah seorang penganjur.

Dalam kalangan mereka yang turun padang ialah Encik Ivan Tan yang tiba sekitar pukul 4.00 petang dan berada di sana sekurang-kurangnya tiga jam. Bagi beliau, apa yang berlaku adalah tidak adil.

"Seorang presiden perlu dipilih oleh rakyat," kata Encik Tan. "Nyawa setiap orang penting."

Seorang lagi individu yang hadir, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Ng, berkata berada di sana merupakan satu cara orang ramai "berkongsi rasa tidak puas hati mereka".

"Ia tidak sepatutnya dijadikan pilihan raya yang dikhususkan," beliau memberitahu Mediacorp.

"Jika anda mahu bercakap tentang demokrasi dan keadilan, ia sepatutnya dibuka kepada semua kaum untuk bertanding. Jika kita benar-benar mahukan keadilan, ia sepatutnya adil bagi semua kaum."

Puan Halimah mengangkat sumpah jawatan pada Khamis (14 Sep), sehari setelah beliau diisytihar sebagai bakal Presiden memandangkan beliau merupakan satu-satunya calon yang layak bertanding dalam pilihan raya yang dikhususkan untuk calon Melayu.

Bekas calon Presiden, Tan Cheng Bock, juga menghadiri tunjuk perasaan tersebut. Encik Tan Jee Say dan Dr Chee Soon Juan juga dilihat berada di Hong Lim Park. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan