Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tumpuan pemerintah terhadap membangunkan masyarakat inklusif bukan susulan GE 2011: Tharman

Berucap di ceramah unggul khas sempena SG50, Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam berkata pemerintah sudah pun melaksanakan strategi-strategi sosial untuk membangunkan masyarakat yang inklusif secara bersungguh-sungguh sejak sedekad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tumpuan pemerintah terhadap membangunkan masyarakat inklusif bukan susulan GE 2011: Tharman

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Tharman Shanmugaratnam. (Gambar: Menteri Kewangan)

Diterbitkan : 15 Aug 2015 08:05AM Dikemas Kini : 15 Aug 2015 08:08AM

SINGAPURA: Tumpuan pemerintah terhadap membangunkan sebuah masyarakat inklusif bukanlah kesan susulan daripada pilihan raya umum lalu.

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam menekankan demikian dalam ucapannya yang disampaikan di ceramah unggul khas anjuran Persatuan Ekonomi Singapura sempena SG50.

Beliau berkata, pemerintah sudah pun melaksanakan strategi-strategi sosial untuk membangunkan masyarakat yang inklusif secara bersungguh-sungguh sejak sedekad lalu.

Encik Tharman menambah, dasar sosial dan ekonomi Singapura dilaksanakan secara seiiring untuk memanfaatkan sebahagian luas masyarakat, dengan pekerjaan dan gaji yang lebih baik serta memastikan setiap rakyat Singapura dapat memiliki rumah.

Beliau berkata, fasa pembangunan Singapura seterusnya adalah untuk memastikan masyarakatnya menjadi lebih inklusif dan inovatif.

Tegas beliau, pemerintah sudah melaksanakan strategi untuk membangunkan sebuah masyarakat inklusif bermula dari 2006, apabila pemerintah menumpukan perhatian kepada mereka yang lemah dalam asas pembelajaran, sehinggalah langkah terbaru iaitu Pakej Generasi Perintis dan Skim Sokongan Ihsan Senja bagi warga tua berpendapatan rendah.

Encik Tharman juga menekankan perlunya untuk membangunkan sebuah masyarakat yang lebih inovatif demi memastikan penakatan Singapura. 

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan