Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TODAY akan terbitkan edisi khas 'Remembering Mr Lee Kuan Yew'

Esok, akhbar TODAY akan menerbitkan edisi khas 80 muka surat berjudul, 'Remembering Mr Lee Kuan Yew'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2015 07:00PM Dikemas Kini : 05 Apr 2015 12:55AM

SINGAPURA: Esok, akhbar TODAY akan menerbitkan edisi khas 80 muka surat berjudul, 'Remembering Mr Lee Kuan Yew'.

Dalam edisi khas itu, TODAY mengimbas suasana perkabungan negara berikutan berpulangnya Encik Lee Kuan Yew pada dini hari 23 Mac lalu.

Ia termasuk laporan-laporan yang diterbitkan pada hari pengumuman tersebut serta gambar-gambar dan kisah-kisah sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari itu.

Edisi khas TODAY tersebut akan diedarkan secara percuma dari 7.30 pagi di stesen-stesen MRT di mana akhbar itu selalu diedarkan, kecuali di Stesen Raffles Place.

Ia juga boleh didapati mulai 11.00 pagi di beberapa tempat di Orchard Road dan gedung-gedung beli belah Ang Mo Kio Hub, Compass Point, Northpoint, Causeway Point, VivoCity dan Junction 8. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan