Tillerson, Xi Jinping setuju kukuhkan hubungan dua hala
China dan Amerika Syarikat bersetuju untuk berusaha bagi mengukuhkan hubungan dua hala.
BEIJING: China dan Amerika Syarikat bersetuju untuk berusaha bagi mengukuhkan hubungan dua hala.
Pendirian itu dinyatakan semasa Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson bertemu Presiden Xi Jinping di Beijing pada hari terakhir lawatan beliau ke China.
Encik Tillerson juga memberitahu Presiden Xi bahawa Presiden Donald Trump amat menantikan pertemuan pertama mereka yang dijadualkan berlangsung di Florida bulan depan.
Presiden Trump, tambah Encik Tillerson, amat menghargai komunikasi dengan Presiden Xi dan berharap dapat melawat China pada masa depan.
Presiden Xi pula berkata beliau dan Presiden Trump menjangkakan dapat memupuk tahap baru yang membina dalam hubungan dua hala.
Presiden Trump telah berkali-kali mengkritik China dalam beberapa hal seperti Korea Utara dan ekonomi.
Keprihatinan tentang program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara menjadi salah satu tumpuan perbincangan sepanjang lawatan Encik Tillerson ke tiga negara Asia Timur termasuk Jepun dan Korea Selatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.