Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiga penerbangan mingguan S'pura-Bandung digantung buat sementara

AirAsia mengesahkan bahawa tiga daripada penerbangan mingguannya antara Singapura dengan Bandung digantung buat sementara oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga penerbangan mingguan S'pura-Bandung digantung buat sementara

Sebuah pesawat AirAsia. (Gambar: AFP/Adek Berry)

Diterbitkan : 07 Jan 2015 07:23PM Dikemas Kini : 08 Jan 2015 02:42AM

SINGAPURA: AirAsia mengesahkan bahawa tiga daripada penerbangan mingguannya antara Singapura dengan Bandung digantung buat sementara oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Ini menyusuli semakan yang dilakukan oleh kementerian itu terhadap keizinan jadual penerbangan.

Penggantungan itu akan menjejas penerbangan QZ367 dari Bandung, dan QZ368 yang berlepas dari Singapura.

Semalam, penerbangan pesawat AirAsia yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Namu di Medan menuju ke Palembang tidak dibenarkan berlepas menysuli semakan itu.

Kementerian Pengangkutan Indonesia mengesahkan penerbangan AirAsia QZ8501, yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu, tidak mendapatkan kelulusan rasmi untuk menawarkan perkhidmatan dari Surabaya ke Singapura ketika itu. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan