Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Terima kasih Papa, kerana berkorban untuk Singapura

Encik Lee Hsien Yang, anak bongsu mendiang Lee Kuan Yew, menyifatkan bapanya sebagai anggota keluarga yang berpengaruh walaupun ketika usia muda.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Mar 2015 08:02PM Dikemas Kini : 31 Mar 2015 03:22PM

SINGAPURA: Encik Lee Hsien Yang, anak bongsu mendiang Lee Kuan Yew, menyifatkan bapanya sebagai anggota keluarga yang berpengaruh walaupun ketika usia muda.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan belasungkawanya di Krematorium Mandai dalam satu upacara persemadian peribadi, petang semalam.

Encik Lee menceritakan, pada usia 10 tahun, mendiang Encik Lee dapat memujuk ibu bapanya agar jangan memberikan adik bongsunya, Suan Yew, nama 'orang putih.'

Sewaktu lahir, mendiang Encik Lee sendiri diberi nama Harry. Namun apabila beliau semakin dewasa, mendiang Encik Lee merasakan nama itu tidak mencerminkan jati dirinya sebagai rakyat Singapura. Perasaan itu timbul bukan kerana beliau menceburi politik.

Anak bongsunya itu berkata beliau sendiri lebih suka tidak mendedahkan siapa bapanya apabila bertemu orang lain.

Itulah juga yang diajar kepada ketiga-tiga anak lelakinya kerana mendiang Encik Lee percaya mereka perlu membangun kehidupan berdasarkan kebolehan sendiri.

"Kami sangat bangga terhadap Papa dan pencapaian-pencapaiannya. Dan mungkin keperibadian kami untuk berusaha sendiri dalam kehidupan. Saya yakin Papa mahukan seperti itu.

"Terima kasih Papa atas khidmat sepanjang hayat anda kepada rakyat Singapura. Anda menjadikan 'titik merah kecil' ini sebuah negara yang dapat kami banggakan," ujar Encik Lee.

Encik Lee juga mengucapkan terima kasih kepada bapanya kerana menjadi seorang suami yang mengagumkan dan teman sejati kepada ibunya, dan kerana menyayangi serta menjaganya sewaktu hayat mereka dan apabila beliau sakit.

Isteri mendiang Encik Lee, Cik Kwa Geok Choo meninggal dunia pada tahun 2010. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan