Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Terima kasih kerana bersama kami" - iklan keluarga mendiang Lee Kuan Yew

Keluarga mendiang Encik Lee Kuan Yew memuatkan iklan dalam akhbar-akhbar utama di Singapura hari ini bagi mengucapkan terimakasih kepada orang ramai. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Apr 2015 10:26AM Dikemas Kini : 23 Apr 2015 08:47PM

SINGAPURA: Keluarga mendiang Encik Lee Kuan Yew memuatkan iklan halaman penuh dalam akhbar-akhbar utama di Singapura hari ini bagi mengucapkan terimakasih kepada orang ramai yang memberi hormat kepada mendiang sepanjang tempoh Perkabungan Negara.

Iklan itu dimuatkan dalam akhbar-akhbar utama, genap sebulan selepas pemergian Encik Lee Kuan Yew setelah mendiang dimasukkan ke hospital kerana mengalami radang paru-paru yang teruk. 

Dalam iklan itu, keluarga mendiang berkata, "Terima kasih kerana bersama kami, sedang kami meratapi pemergian bapa dan datuk kami. Kami sungguh tersentuh dengan baik budi anda buat mendiang dan atas kebaikan hati anda."

Sepanjang tempoh Perkabungan Negara selama tujuh hari itu, dengan Persemadian Negara diadakan pada 30 Mac, seramai 454,687 orang telah memberikan penghormatan kepada Encik Lee semasa jenazahnya ditempatkan di Bangunan Parlimen dan 1.2 juta pengunjung telah ke 18 tapak masyarakat di merata Singapura untuk memberikan penghormatan terakhir mereka.

Dalam iklan tersebut, keluarga mendiang juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah berkhidmat, menjaga dan merawat Encik Lee.

"Kami amat berterima kasih kepada pasukan perubahan dan keselamatan, serta kakitangan pejabat dan mereka yang berkhidmat di kediaman beliau atas dedikasi dan baik budi anda sejak sekian lamanya. Kami ucapkan terima kasih kepada anda semua."


Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan