Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tentera Darat Filipina di S'pura bagi program pertukaran dengan SAF

Tentera Darat Filipina kini di negara ini dalam program pertukaran karyawan dengan Tentera Darat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Dec 2017 08:03PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 10:56PM

SINGAPURA: Tentera Darat Filipina kini di negara ini dalam program pertukaran karyawan dengan Tentera Darat Singapura.

Mereka di sini dari 4 hingga 15 hari bulan ini.

Ia menyusuli tawaran Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen pada Julai lalu untuk tentera Filipina menggunakan kemudahan latihan sekitaran perbandaran di negara ini.

Para anggota dari kedua-dua tentera darat akan berkongsi kemahiran dalam taktik, teknik dan prosedur unit kecil serta kemahiran individu yang diperlukan untuk beroperasi dalam persekitaran perbandaran yang kompleks.

Tentera Filipina juga berkongsi pengalaman menangani keganasan yang dipelajari semasa memerangi kumpulan ISIS di Marawi.

Para panglima tentera berkata pengalaman itu memupuk hubungan lebih utuh yang akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam usaha menangani keganasan dan meningkatkan keselamatan serantau.  

Sumber : CNA/MM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan