Images
  • sbs transit
    Gambar fail bas SBS Transit. (Gambar: Francine Lim)

Tender bagi khidmat bas di Seletar diberikan kepada SBS Transit

SINGAPURA: SBS Transit Ltd (SBST) memenangi bidaan bagi mengendalikan khidmat bas di Seletar, demikian diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (19 Apr).

Ia adalah pakej ketiga dan terakhir yang dikeluarkan di bawah skim tender, dengan baki kontrak yang ada sekarang akan dikeluarkan apabila ia tamat pada masa dua hingga 10 tahun akan datang.

Di bawah pakej itu, SBST akan menerima S$480,332,472 daripada LTA bagi kontrak selama lima tahun, dengan pelaksanaan khidmat bakal bermula pada suku pertama tahun depan.

Jumlah tersebut adalah bidaan paling rendah daripada sembilan bidaan yang diterima LTA bagi tender berkenaan.

LTA menyatakan bergantung kepada prestasi baik SBST syarikat itu boleh diberi lanjutan kntrak selama dua tahun .

Syarikat itu akan mengendalikan Depot Bas Sungei Seletar, yang dijadualkan siap pada suku ketiga tahun ini.

Ia akan mengendalikan 24 khidmat bas dari Pusat Pertukaran Bas Yishun, Yio Chu Kang, dan Ang Mo Kio. Dua lagi khidmat bas yang baru akan diperkenalkan kemudian. 

- CNA/ru

Top
>