Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh operasi 'WE Clean Up' dilanjutkan bagi pertingkat kesedaran

Perbuatan seperti mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah mungkin kelihatannya seperti perkara remeh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Apr 2017 08:04PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 09:33PM

SINGAPURA: Operasi tahunan 'WE Clean Up' yang menggalak masyarakat untuk menganjurkan kegiatan-kegiatan membersihkan kejiranan, diberi nafas baru.

Tempohnya juga dilanjutkan kepada sebulan.

Perbuatan seperti mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah mungkin kelihatannya seperti perkara remeh.

Tetapi ia sebenarnya meringankan tugas 50,000 pekerja pembersihan yang bertungkus-lumus memastikan Singapura mengekalkan reputasinya sebagai sebuah bandar yang bersih.

"Paling penting sekali adalah untuk memupuk tabiat baik dengan membuang sampah ke dalam tong sampah. Setiap perubuatan kecil yang kita lakukan akan menyumbang kepada beberapa langkah yang diperlukan untuk memastikan kawasan kita bersih," kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli.

Maka itu tahun ini, untuk mengajak semua orang memainkan peranan menjaga kebersihan, acara tahunan yang melibatkan para peserta menganjurkan kegiatan-kegiatan membersihkan kawasan, akan dilanjutkan daripada sehari kepada sebulan.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran "Keep Clean, Singapore", sekitar 250 orang dari semua sektor menyertai kegiatan membersihkan estet perumahan Petir Road di Bukit Panjang.

Anugerah-anugerah juga diberikan kepada mereka yang bekerja keras untuk mengekalkan kebersihan di negara ini.

Salah satunya, My First Skool, yang menyemaikan kesedaran pentingnya menjaga kebersihan pada kanak-kanak tadika.

Ini adalah sebahagian daripada Gerakan Menjaga Kebersihan Singapura, yang mempunyai 20,000 sukarelawan sejak ia dimulakan pada 2012.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan