Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempat latihan menembak Certis Cisco dipertingkat, gunakan simulator

Untuk meningkatkan kecekapan menembak para pegawainya, Certis Cisco melakukan kerja naik taraf terhadap tempat latihan menembaknya di dalam bangunan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 May 2017 08:45PM Dikemas Kini : 22 May 2017 10:15PM

SINGAPURA: Untuk meningkatkan kecekapan menembak para pegawainya, Certis Cisco melakukan kerja naik taraf terhadap tempat latihan menembaknya di dalam bangunan.

Ia meliputi sistem sasaran berautomasi dan sebuah simulator yang memaparkan beberapa senario pengganasan.

Hasil kerja peningkatan yang dilakukan, purata masa latihan menembak bagi setiap pegawai dapat dikurangkan lebih 25%, daripada 45 minit sebelumnya.

Lampu-lampu di tempat latihan itu juga boleh dimalapkan, menyerupai keadaan gelap.

Ruang latihan itu boleh menampung latihan bagi sekitar 300 pegawai setiap bulan.

Sebagai sebahagian daripada peningkatan, simulator latihannya yang kini lebih canggih juga boleh membantu melatih pegawai memberi tindak balas kepada pelbagai keadaan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan