Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempahan JustGrab cecah 5 juta selepas sebulan dilancarkan

Lebih 5 juta tempahan JustGrab diterima dalam masa sebulan sejak ia dilancarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempahan JustGrab cecah 5 juta selepas sebulan dilancarkan

Gambar fail kereta-kereta dengan logo Grab.

Diterbitkan : 28 Apr 2017 11:58AM Dikemas Kini : 28 Apr 2017 12:00PM

SINGAPURA: Lebih 5 juta tempahan JustGrab diterima dalam masa sebulan sejak ia dilancarkan.

Demikian menurut penyedia khidmat kereta sewa itu semasa memberikan perkembangan terkini semalam (27 Apr).

Ini juga bermakna tempoh menunggu yang lebih singkat untuk para penumpang.

Ujian JustGrab dimulakan pada 22 Mac lalu dengan khidmatnya diperkenalkan sepenuhnya seminggu kemudian.

Berdasarkan khidmat baru ini, lima pengendali teksi - SMRT Taxis, Prime Taxi, Premier Taxis, Trans-Cab dan HDT Singapore Taxi - akan melaksanakan harga dinamik iaitu berdasarkan permintaan untuk perjalanan yang ditempah melalui aplikasi mudah alih Grab.

Perjalanan yang ditempah menggunakan JustGrab secara purata tiba di lokasi sekitar 3.7 minit berbanding lima minit bagi kebanyakan perjalanan sebelum ini.

Tempahan melalui JustGrab bagi para pemandu teksi juga meningkat sebanyak 30 peratus.

Pra-insentif yang diperolehi oleh para pemandu teksi itu juga S$100 lebih tinggi setiap minggu dan S$220 lebih tinggi bagi pasca-insentif.

Di bawah program insentif Grab, pemandu teksi yang menyertai Grab akan menerima bonus setelah mereka melakukan jumlah perjalanan yang ditetapkan.  

Sumber : Today/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan