Images
  • eggs
    Telur-telur yang disusun di ladang ayam itik di Belanda yang ditutup selepas racun serangga fipronol dikesan. (Gambar: AFP/Robin van Lonkhuijsen)

Telur-telur di S’pura selamat dimakan, tegas AVA

SINGAPURA: Penguasa Agromakanan dan Veterinar Singapura (AVA) pada Sabtu (12 Ogos) menyatakan telur-telur di Singapura selamat untuk dimakan.

Kenyataan AVA dikeluarkan selepas berlakunya skandal di mana jutaan telur ditarik balik dari pasar-pasar raya di seluruh Eropah dan puluhan ladang ayam itik ditutup sejak fipronil dikesan dan ia diumumkan kepada umum pada 1 Ogos.

Pencemaran itu sudahpun merebak ke 15 negara Kesatuan Eropah, Switzerland dan Hong Kong.

“Dengan isu berlarutan mengenai telur yang tercemar di Eropah, mungkin terdapat keprihatinan tentang keselamatan telur yang dijual di Singapura. Singapura tidak mengimport telur dari negara-negara yang terjejas di Eropah,” dedah AVA dalam catatannya di laman Facebook.

“Bekalan telur kami datang dari ladang telur ayam betina tempatan dan di Malaysia. Kami memeriksa dan menjalankan ujian telur dan ladang-ladang ayam betina secara tetap bagi memastikan keselamatan makanan serta piawai dan tuntutan kesihatan haiwan dipatuhi.

“Menyusuli isu pencemaran fipronil baru-baru ini, kami sudah menguji telur yang diimport dan dihasilkan secara tempatan, dan mendapatinya bebas fipronil.” 

- CNA/IM/im

Top