Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teksi Trans-Cab terbakar di Moulmein Road - kes ke-3 dalam 3 bulan

Dalam kedua-dua kes itu, teksi yang terlibat merupakan model kenderaan yang sama, Toyota Wish yang menggunakan gas asli mampat (CNG). 

Anggaran Waktu Membaca:
Teksi Trans-Cab terbakar di Moulmein Road - kes ke-3 dalam 3 bulan

Para kakitangan SCDF memadamkan api pada sebuah teksi Trans Cab. (Gambar: Loh Swee Meng/Facebook)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 10:16PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 10:18PM

SINGAPURA: Sebuah teksi syarikat Trans-cab terbakar di Moulmein Road di jalan susur keluar Ekspreswe Central (CTE) menghala ke Ekspreswe Seletar pada Rabu petang (21 Jun).

Ini merupakan kes ketiga insiden seperti itu melibatkan syarikat teksi itu dalam tempoh tiga bulan yang lalu.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), ia menerima aduan mengenai kebakaran itu pada sekitar 2.45 petang.

Sebuah kereta bomba, Red Rhino dan dua motosikal dikerahkan ke tempat kejadian.

Rakaman yang dimuatnaikkan ke media sosial menunjukkan teksi berkenaan merupakan teksi Chevrolet.

Menurut laman Trans-Cab, teksi Chevrolet yang ia miliki adalah Chevrolet Epica - yang menggunakan disel.

Kebakaran itu melibatkan bahagian enjin teksi, dedah SCDF. Ia dipadamkan menggunakan semburan jet air.

Tiada laporan kecederaan dalam insiden itu. SCDF masih menjalankan siasatan untuk memastikan punca kebakaran tersebut.

2 KEBAKARAN SEBELUM INI

Pada 30 April, sebuah teksi terbakar dan meletup berdekatan stesen MRT Buona Vista selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Kurang sebulan kemudian, pada 22 Mei, satu lagi teksi Trans-cab terbakar di Marymount Road dekat simpang Sin Ming Avenue.

Dalam kedua-dua kes itu, teksi yang terlibat merupakan model kenderaan yang sama, Toyota Wish yang menggunakan gas asli mampat (CNG).

Kedua-dua kebakaran itu mendorong Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk memerintahkan pemeriksaan ke atas semua teksi CNG dan kenderaan privet.  

Sumber : Today/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan