Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teksi terbakar dan meletup kuat dekat Stesen MRT Buona Vista

Saksi-saksi di tempat kejadian menyifatkannya sebagai satu "letupan yang sangat kuat".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Apr 2017 05:26PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 09:32PM

SINGAPURA: Sebuah teksi meletup setelah terbakar di Commonwealth Avenue, berdekatan dengan Stesen MRT Buona Vista, hari ini (30 Apr).

Saksi-saksi di tempat kejadian menyifatkannya sebagai satu "letupan yang sangat kuat".

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) membuat tweet mengenai satu kemalangan pada 2.46 petang dan menyatakan sebahagian daripada Commonwealth Avenue, selepas Tanglin Halt Road, ditutup.

Posted by Muhd Ansar Tahir on  Sunday, 30 April 2017

Satu video yang tersebar luas di Whatsapp dan media sosial juga menunjukkan para anggota bomba sedang cuba memadamkan api dan berada dekat dengan kereta yang terbakar itu, sebelum satu letupan tiba-tiba berlaku.

Pembaca berita Mediacorp Jerome Teo, yang berada di Star Vista pada masa kejadian itu, berkata beliau terdengar "bunyi letupan yang kuat" dan asap hitam dapat dilihat di tempat kejadian.

Fire + explosion of this cab... With parts flying in the air. Drama Sunday afternoon. Hope no one was hurt though! Super scary to be so near this.. Channel Chai Army, Reporter Red Seo ‍♂️

Posted by Red Seo Hong Heng on  Saturday, 29 April 2017

Orang ramai memuat naik gambar dan video teksi yang musnah itu, yang kelihatan seperti sebuah teksi milik syarikat Trans-Cab.

Para anggota bomba dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kenderaan polis dan sebuah ambulans juga kelihatan di tempat kejadian.

4 ORANG CEDERA TERMASUK PEGAWAI SCDF

Encik Joe Liew, 56 tahun, yang bekerja sebagai seorang penyelia keselamatan di Universiti Nasional Singapura memberitahu Mediacorp bahawa beliau ternampak seorang lelaki yang cedera di tangan kiri, yang berlumuran darah.

Beliau kemudian menghubungi SCDF untuk mendapatkan bantuan.

Doktor bersara Edward Pang, 77 tahun, sedang berada di tempat kejadian semasa itu dan terdengar letupan yang kuat dan asap hitam di tempat kejadian.

Beliau juga menambah bahawa beliau ternampak seorang lelaki yang tangan kirinya luka berdarah.

Seorang wanita dalam lingkungan usia 20an tahun menggunakan skarf dan membalut tangan lelaki itu supaya menghentikan ia berdarah.

Secara keseluruhan empat orang cedera termasuk seorang pegawai SCDF. Mereka mengalami luka terbakar daripada insiden itu.

Seorang jurucakap Transcab memberitahu Mediacorp bahawa pemandu teksi itu adalah seorang lelaki berusia 48 tahun.

Teksi itu juga baru menjalani pemeriksaan dua minggu lalu, tambah jurucakap berkenaan. 

Mediacorp sudah menghubungi SCDF dan pihak polis untuk mendapatkan lebih banyak perincian. 

Sumber : CNA/TODAY/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan