Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tawaran istimewa dari Persatuan Rakyat, pusat penjaja bagi anggota perkhidmatan negara

Satu siri tawaran istimewa akan dihulurkan kepada anggota perkhidmatan negara di kelab-kelab masyarakat (CC), tempat-tempat kegiatan air (WV) dan pusat-pusat penjaja terpilih, bermula bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tawaran istimewa dari Persatuan Rakyat, pusat penjaja bagi anggota perkhidmatan negara

Anggota perkhidmatan negara akan mendapat tawaran istimewa di kelab-kelab masyarakat (CC), tempat-tempat kegiatan air (WV) dan pusat-pusat penjaja terpilih. (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 29 Jun 2017 04:57PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 05:02PM

SINGAPURA: Satu siri tawaran istimewa akan dihulurkan kepada anggota perkhidmatan negara di kelab-kelab masyarakat (CC), tempat-tempat kegiatan air (WV) dan pusat-pusat penjaja terpilih, bermula bulan depan.

Untuk menuntut tawaran diskaun tersebut, anggota pasukan negara perlu memakai pakaian seragam atau menunjukkan kad pengenalan 11-B mereka.

Mengumumkan tawaran untuk mengiktiraf anggota perkhidmatan negara bagi pelbagai sumbangan mereka terhadap negara pada hari Khamis (29 Jun), Persatuan Rakyat (PA) menyatakan anggota perkhidmatan negara akan diberikan diskaun sebanyak 10 peratus apabila mereka mendaftarkan diri kepada kursus atau membuat tempahan pada kemudahan-kemudahan di pelbagai kelab-kelab masyarakat dari 1 hingga 31 Julai.

Para anggota perkhidmatan negara juga akan menikmati potongan sebanyak 10 peratus daripada kursus-kursus WV terpilih dari 1 Julai hingga 31 Disember.

PA berkata ia berharap tawaran ini akan memberikan platform bagi penduduk untuk tetap berada dalam keadaan aktif dan membentuk hubungan yang lebih mendalam terhadap masyarakat, serta menggalakkan para anggota perkhidmatan negara dan keluarga mereka untuk menjalani gaya hidup yang aktif.

Sejumlah persatuan peniaga juga mengumpulkan lebih daripada 150 cawangan runcit dan makanan di kawasan kejiranan bagi menawarkan diskaun kepada anggota perkhidmatan negara.

Tawaran bukan sahaja terdiri dari kedai-kedai di pelbagai pusat-pusat penjaja dan kedai-kedai kopi di seluruh Singapura, tetapi ia juga terdiri dari restoran seperti Rubato Italian Kitchen & Bar di Greenwood Ave dan Maki-San di White Sands, serta kedai-kedai yang menawarkan khidmat penjagaan mata, kesihatan, dandanan peribadi, gaya hidup dan juga perkhidmatan perlancongan.

"Ramai anggota perkhidmatan negara memberikan sumbangan kepada masyarakat menerusi pelibatan mereka terhadap kerja-kerja kemasyarakatan bagi menguatkan perpaduan sosial dan kerharmonian kaum," kata Ketua Eksekutif PA, Desmond Tan.

"Tahun ini, dalam Singapura menyambut NS50, PA mahu menunjukkan penghargaan kami ke atas pengorbanan dan kerja keras generasi anggota perkhidmatan negara kami, yang menyumbang kepada keselamatan Singapura pada satu peringkat dan kepada daya tahan dan perpaduan masyarakat kita di peringkat yang lain." 

Sumber : Today/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan