Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tawaran beri kucing secara percuma di peraduan Facebook dikecam

Anda mahu anak kucing percuma? Mudah sahaja - klik 'suka' pada laman Facebook 'Designer Bengal Singapore' dan berikan komen mengapa anda layak diberikan kucing.

Anggaran Waktu Membaca:
Tawaran beri kucing secara percuma di peraduan Facebook dikecam

Kucing Benggala. (Gambar: Facebook/Designer Bengal Singapore)

Diterbitkan : 28 Jan 2015 10:41PM Dikemas Kini : 28 Jan 2015 10:44PM

SINGAPURA: Anda mahu anak kucing percuma? Mudah sahaja - klik 'suka' pada laman Facebook 'Designer Bengal Singapore' dan berikan komen mengapa anda layak diberikan kucing.

Catatan di laman Facebook tersebut, yang ditulis awal pagi tadi, sudah diturunkan setelah dikecam orang ramai, yang berpendapat perbuatan memberi kucing sebagai hadiah, adalah tidak sesuai.

"Kami akan berikan anak kucing Bengal kepada seorang pemenang bertuah pada 9 Mei 2015, dan pemenang akan dipilih secara rambang dalam peraduan ini," menurut catatan tersebut.

Seorang pengguna Facebook memberi komen: "Adakah patut anak kucing diberikan sebagai hadiah dalam peraduan di Facebook?! Adakah ini dibenarkan dari segi undang-undang?"

Encik Alfred Khan, yang menubuhkan laman Facebook tersebut, berkata beliau sudah menurunkan posting itu berikutan komen-komen negatif yang diterima.

SPCA memberitahu MediaCorp persatuan itu menolak keras perbuatan memberi haiwan hidup - tidak kira jenis haiwan - sebagai hadiah dalam sebarang peraduan.

Pengarah Eksekutif SPCA Singapura, Corinne Fong, berkata perbuatan memberikan anak kucing sebagai hadiah dalam mana-mana peraduan sekalipun, tidak beretika. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan