Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tan Cheng Bock terima keputusan pilihan raya 'dengan berat hati'

Mantan calon pilihan raya presiden, Dr Tan Cheng Bock, pada Rabu (23 Ogos) berkata beliau "dengan berat hati" menerima keputusan Mahkamah Rayuan untuk menolak permohonannya bagi mencabar dasar Pilihan Raya Presiden akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Tan Cheng Bock terima keputusan pilihan raya 'dengan berat hati'

Dr Tan Cheng Bock. (Gambar fail: Melissa Zhu)

Diterbitkan : 23 Aug 2017 11:30PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 11:32PM

SINGAPURA: Mantan calon pilihan raya presiden, Dr Tan Cheng Bock, pada Rabu (23 Ogos) berkata beliau "dengan berat hati" menerima keputusan Mahkamah Rayuan untuk menolak permohonannya bagi mencabar dasar Pilihan Raya Presiden akan datang.

Permohonan beliau mempersoalkan keputusan pemerintah untuk mengkhususkan pilihan raya Presiden akan datang bagi calon Melayu.

Awal pagi Rabu, panel lima hakim merumuskan bahawa mengikut undang-undang, parlimen dibenarkan menetapkan penggal terakhir Presiden Wee Kim Wee sebagai penggal pertama, atas sebab menentukan pilihan raya yang dikhususkan.

Dr Tan memberi hujah bahawa perhitungan harus sebaliknya bermula selepas Presiden Wee, iaitu bagi penggal Presiden Ong Teng Cheong.

Dalam catatan di laman Facebook, Dr Tan, yang bertanding sebagai calon presiden pada tahun 2011 tetapi tewas dengan jurang yang kecil, berkata bahawa beliau berharap untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang itu.

Pada hari yang sama, calon presiden Mohamed Salleh Marican menghantar borang permohonan untuk bertanding dalam pilihan raya itu, sekaligus menjadi yang pertama di kalangan tiga calon presiden untuk berbuat demikian.

Dua lagi calon, mantan Speaker Parlimen Halimah Yacob dan pengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan, dijangka berbuat demikian tidak lama lagi.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan