Images
  • norwegian plane
    Gambar fail pesawat syarikat penerbangan tambang murah Norwegian. (Gambar: Norwegian/Facebook)

Syarikat tambang murah Norwegian umum penerbangan S'pura-London bermula S$199

SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang murah Norwegian akan melancarkan khidmat tanpa henti antara Singapura dan Lapangan Terbang Gatwick di London, pada September ini, menurut Changi Airport Group pada Khamis (20 Apr).

Norwegian bakal melancarkan khidmat empat kali seminggu dari 28 September tahun ini, yang akan dinaikkan kepada lima kali seminggu bagi musim sejuk dari 20 Oktober 2017 hingga 24 Mac 2018, berdasarkan kelulusan pengawal selia, menurut CAG dalam kenyataan media.

Ia akan menggunakan pesawat Dreamliner Boeing 787-9 yang memuatkan 344 penumpang, yang menawarkan kabin kelas ekonomi dan premium, dedah pengendali lapangan terbang tersebut.

Bagi menandakan pelancaran operasinya, Norwegian juga mahu menawarkan tambang sehala dari Singapura ke London bermula dari S$199 bagi kelas ekonomi, dan S$839 bagi tiket kelas premium, termasuk semua bayaran dan cukai, menurut kenyataan media.

Khidmat dari Singapura ke London akan dikendalikan oleh anak syarikatnya - Norwegian UK.

Jadual penerbangan dilampirkan di bawah:


- CNA/im

Top
>