Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suu Kyi kunjungi Pusat Penjaja Ghim Moh; disajikan pelbagai hidangan tempatan

Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi bersarapan dengan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan hari ini (2 Dis) di Pusat Penjaja Ghim Moh, dengan Myanmar merancang untuk menaik taraf pasar-pasar basahnya dan membina sebuah pusat penjaja di Yangon.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Dec 2016 12:49PM Dikemas Kini : 03 Dec 2016 12:56AM

SINGAPURA: Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi bersarapan dengan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan hari ini (2 Dis) di Pusat Penjaja Ghim Moh, dengan Myanmar merancang untuk menaik taraf pasar-pasar basahnya dan membina sebuah pusat penjaja di Yangon.

Cik Suu Kyi yang memakai pakaian tradisional Myanmar disajikan dengan pelbagai makanan tempatan seperti carrot cake, laksa, tau huay, putu mayam dan chwee kueh. Beliau akan menggulung lawatan selama tiga hari di Singapura pada hari ini (2 Dis).

Beliau diiringi oleh Menteri Kesatuan Perdagangan Myanmar U Than Myint dan Menteri Negara Ehwal Luar U Kyaw Tin. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Ronnie Tay dan duta Singapura ke Myanmar, Robert Chua.

Para pemilik gerai di Pasar Ghim Moh berkata mereka dimaklumkan tentang lawatan itu dua hari lalu dan sesetengah mereka tiba seawal 4 pagi untuk menyiapkan hidangan.

Selain Penasihat Negara Myanmar itu, Ketua Menteri Yangon Phyo Min Thein yang mengunjungi Singapura pada Julai lalu turut berminat untuk mempelajari bagaimana Singapura menguruskan pusat-pusat penjaja semasa beliau melakukan lawatan ke Pasar Tiong Bahru dan Pusat Penjaja Ci Yuan.

Sepanjang dua hari lalu, Cik Suu Kyi diraikan dalam majlis jamuan malam oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta mengadakan pertemuan bersama Pemangku Presiden J Y Pillay, Menteri Kanan, Emeritus Goh Chok Tong dan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.

Cik Suu Kyi juga mengunjungi Kebun Bunga Singapura dan sejenis Orkid kacukan diberikan nama khas sempena lawatan beliau ke negara ini.

Sumber : CNA/hz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan