Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Susu tepung tiruan di Johor: Cara untuk kenal pasti bungkusan tiruan

Enfagrow A+ Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan yang memberitahu para pelanggan cara untuk mengenal pasti susu tepung formula tiruan yang dijual di Johor Baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Susu tepung tiruan di Johor: Cara untuk kenal pasti bungkusan tiruan

Gambar yang menunjukkan bungkusan susu asli dan susu tiruan. (Gambar: Facebook / Enfagrow A+ Malaysia)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 12:06AM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 12:08AM

SINGAPURA: Enfagrow A+ Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan yang memberitahu para pelanggan cara untuk mengenal pasti susu tepung formula tiruan yang dijual di Johor Baru.

Dalam satu catatan Facebook hari ini (11 Dis), Enfagrow A+ Malaysia menyatakan bahawa produk yang terjejas hanyalah Enfalac A+ Step 1 dalam kotak 1.8 kilogram, yang mengandungi tiga bungkusan dalam setiap kotak.

Cara paling mudah untuk mengenal pasti produk tiruan adalah untuk meneliti setiap satu bungkusan, menurut syarikat tersebut.

Bungkusan Enfalac A+ Step 1 asli lebih "tebal" manakala tiruan pula amat padat dengan tepung.

Bungkusan tiruan juga mempunyai garisan yang tajam di kedua-dua bahagian yang tidak ditemui dalam bungkusan yang asli, menurut syarikat tersebut.

Kotak-kotak susu tepung formula itu hanya dijual di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari.

"Pencarian di pasaran mengesahkan tiada produk lain yang disyaki kecuali cara bungkusan seperti ini di kawasan terhad," menurut syarikat tersebut.

Hingga kini, hanya 210 bungkusan tiruan yang ditemui, tetapi syarikat tersebut menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk membasmi tepung tiruan tersebut. Pencarian di pasaran yang dijalankan minggu lalu adalah berdasarkan maklumat dan hasil siasatan yang diberikan oleh pembekalnya Mead Johnson Nutrition.

"Pencarian itu mengenal pasti segelintir sahaja produk yang dijual dalam beberapa cawangan di kawasan yang terhad di Skudai, Johor Baru," menurutnya lagi.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa pihak berkuasa Malaysia sedang memburu operasi tiruan tersebut.

Jika para pengguna menemui bahawa mereka sudah membeli bungkusan Enfalac A+ Step 1 1.8 kilogram tiruan, mereka diminta untuk menghubungi khidmat pelanggan Mead Johnson di talian 1800 88 3585 (dari Isnin hingga Ahad 9.00 pagi hingga 9.00 malam) untuk melaporkan kes dan menerima produk baru.

Para pelanggan yang sudah membuka bungkusan juga boleh menghubungi talian tersebut untuk menggantikan bungkusan.

Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) hari ini memberikan amaran kepada para pembeli untuk selalu berwaspada apabila mereka membeli makanan dari luar negara ataupun secara online.

"Para pembeli perlu memainkan peranan melindungi diri mereka sendiri. Sebagai panduan, para pembeli perlu membeli makanan daripada sumber-sumber yang diyakini, seperti pasar raya dan peruncit utama," menurut AVA.

"Membeli makanan dari luar negara atau online mungkin memudahkan tetapi para pembeli perlu berhati-hati," tambahnya. "Para pembeli mesti berwaspada kerana mungkin terdapat risiko keselamatan makanan yang dikaitkan dengan makanan sedemikian. Apabila kurang pasti tentang sumber atau keselamatan sesuatu produk makanan, jangan beli." 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan