Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sun Xueling: Langkah diambil bagi tangani kerosakan lif di Punggol West

Kontraktor pembersihan sudah dilantik untuk membersihkan serpihan-serpihan daripada kerja-kerja ubah elok.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Oct 2016 06:59PM Dikemas Kini : 23 Oct 2016 09:40PM

SINGAPURA: Kontraktor pembersihan sudah dilantik untuk membersihkan serpihan-serpihan daripada kerja-kerja ubah elok, yang dipercayai menjadi punca yang menyebabkan kerosakan lif di Punggol West.

Bercakap kepada para wartawan di luar acara kemasyarakatan yang diadakan hari ini (23 Okt), AP GRC Pasir Ris-Punggol Sun Xueling berkata beliau juga sedang berbincang dengan para pengilang lif untuk memahami sebab-sebab teknikal dan faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan kerosakan itu.

Awal bulan ini, para penduduk di Waterway Cascadia, projek baru Bina Ikut Tempahan (BTO), memberitahu Mediacorp bahawa mereka kerap berdepan dengan masalah kerosakan lif sejak berpindah ke estet itu pada awal tahun ini.

Cik Sun berkata insiden-insiden sedemikian berlaku di merata estet Punggol West, tetapi kebanyakannya berlaku di blok-blok baru disebabkan serpihan kerja-kerja ubah elok.

Cik Sun menambah kontraktor pembersihan yang dilantik tidak sekadar mengelap permukaan, tetapi juga akan menggunakan hampagas untuk membersihkan ruang antara pintu lif dan jurangnya untuk memastikan semua kotoran dibersihkan.

Para pegawai majlis bandaran juga sudah mula melakukan rondaan rutin di blok-blok baru BTO itu bagi memantau kontraktor ubah suai.

Lebih ramai pegawai akan dikerahkan pada masa akan datang.

Kamera-kamera juga akan dipasangkan di tempat-tempat yang sesuai untuk memantau pergerakan. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan