Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sukan duathlon keluarga kali pertama diadakan sempena Hari Ahad Bebas Kereta

Lebih 4,000 keluarga mengeratkan ikatan menerusi pelbagai kegiatan sukan di kawasan pusat bandar (CBD) pagi tadi (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 May 2017 07:04PM Dikemas Kini : 28 May 2017 10:20PM

SINGAPURA: Hari ini (28 Mei) ialah Hari Ahad Bebas Kereta.

Lebih 4,000 keluarga mengeratkan ikatan menerusi pelbagai kegiatan sukan di kawasan pusat bandar (CBD) pagi tadi (28 Mei).

Antara acara-acara sukan yang dianjurkan termasuk 'duathlon keluarga' yang julung-julung kalinya diadakan di negara ini.

Ia adalah satu acara larian dan berbasikal secara santai yang diadakan di jalan-jalan raya di daerah CBD.

Acara ini merupakan sebahagian daripada sambutan 'Keluarga untuk Seumur Hidup' bagi tahun ini untuk menggalak keluarga-keluarga meluangkan lebih banyak masa bersama.

Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan Profesor Madya Faishal Ibrahim berkata acara sedemikian membawa semua anggota keluarga, generasi yang berbeza datang bersama-sama sama-sama berseronok.

Tambah beliau:"Kami telah menyediakan pelbagai wadah ataupun aktiviti-aktiviti selama tiga hari ini untuk memberi peluang kepada keluarga-keluarga untuk mengambil bahagian kerana ini bukan sahaja satu wadah untuk mengadakan aktiviti tetapi satu peringatan kepada kita semua bahawa keluarga penting." 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan