Images
  • nhg
    Satu acara NHG dalam usaha mendampingi para penduduk. (Gambar: Facebook/ National Healthcare Group)

Sudut kesihatan ditambah 3 kali ganda bagi bantu penduduk yang hidap kencing manis

SINGAPURA: Para penduduk di kawasan tengah Singapura mendapat lebih banyak bantuan dalam usaha memerangi penyakit kencing manis.

Kumpulan Jagaan Kesihatan (NHG) menambah tiga kali ganda jumlah sudut kesihatan di Pusat-pusat Jawatankuasa Penduduk, bagi membantu penduduk yang menghidap kencing manis, menguruskan lebih baik masalah kesihatan mereka.

Ruang kecil di Pusat RC Toa Payoh View antara kemudahan yang disediakan bagi para penduduk yang tinggal berdekatan, mendapatkan nasihat tentang pemakanan, mengukur tekanan darah dan paras gula dalam usaha mengawal penyakit kencing manis.

Sekitar 560 penduduk mengunjungi 17 sudut kesihatan di bahagian tengah Singapura.

Kira-kira 70% daripada mereka adalah pengunjung kerap. NHG sedang meluaskan lagi khidmatnya agar lebih ramai pesakit dapat manfaatnya.

Para sukarelawan di RC Toa Payoh View juga sedang bekerjasama dengan Hospital Khoo Teck Phuat mengenai cara-cara menyediakan makanan lebih sihat.

NHG merancang menubuhkan sudut-sudut kesihatan begini di semua RC dalam kawasan tengah menjelang 2020. 

- BERITAMediacorp/MM/ru

Top