Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Stesen LRT Samudera di Punggol West dibuka Jumaat depan

Sebuah lagi stesen di gelungan barat (western loop) sistem LRT Punggol akan dibuka kepada orang ramai pada Jumaat depan (31 Mac), memudahkan perjalanan ke Marina Country Club, dua tadika dan sebuah kedai sewa basikal di kawasan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Stesen LRT Samudera di Punggol West dibuka Jumaat depan

Dengan pembukaan Stesen Samudera, yang mengambil masa hanya empat minit untuk berjalan dari Marina Country Club, akan terdapat tujuh stesen di gelungan LRT Punggol West.

Diterbitkan : 21 Mar 2017 08:06AM Dikemas Kini : 21 Mar 2017 08:10AM

SINGAPURA: Sebuah lagi stesen di gelungan barat (western loop) sistem LRT Punggol akan dibuka kepada orang ramai pada Jumaat depan (31 Mac), memudahkan perjalanan ke Marina Country Club, dua tadika dan sebuah kedai sewa basikal di kawasan tersebut.

Dengan pembukaan Stesen Samudera, yang mengambil masa hanya empat minit untuk berjalan dari Marina Country Club, akan terdapat tujuh stesen di gelungan LRT Punggol West.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (20 Mac), SBS Transit menyatakan stesen kelapan dan terakhir di gelungan tersebut, Stesen Teck Lee, hanya akan dibuka "selaras dengan pembangunan di kawasan sekelilingnya".

Dengan pembukaan Stesen Samudera, khidmat kereta api akan terus beroperasi di bawah susunan yang sedia ada, di mana kereta api hanya bergerak pada satu arah, antara tujuh dengan lapan minit, dedah SBS Transit.

Buat masa ini, khidmat gelungan itu bermula dengan Stesen Sam Kee sebagai perhentian pertama dari waktu ia mula beroperasi hingga 3.00 petang setiap hari.

Dari 3.00 petang hingga tamat khidmat LRT, kereta api akan bergerak dari arah bertentangan, dari Punggol Town Centre dengan Stesen Soo Teck sebagai perhentian pertama.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan