Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SPF beri amaran terhadap penipuan guna hotline palsu polis

Polis pada Jumaat (19 Mei) memberi amaran terhadap satu lagi penipuan selepas orang ramai membuat aduan mengenai panggilan telefon yang diterima dari hotline palsu polis. 

Anggaran Waktu Membaca:
SPF beri amaran terhadap penipuan guna hotline palsu polis

Gambar fail.

Diterbitkan : 19 May 2017 05:45PM Dikemas Kini : 19 May 2017 05:47PM

SINGAPURA: Polis pada Jumaat (19 Mei) memberi amaran terhadap satu lagi penipuan selepas orang ramai membuat aduan mengenai panggilan telefon yang diterima dari hotline palsu polis.

Dalam catatan Facebook, Pasukan Polis Singapura (SPF) menjelaskan bahawa panggilan sebenar dari talian hotline polis tidak akan menunjukkan nombor "1800-255-0000" terpapar di kaca telefon bimbit mereka.

"Orang ramai dinasihati supaya jangan menjawab panggilan sedemikian, di mana penipu cuba menyembunyikan nombor sebenar dan sebaliknya menggunakan nombor telefon lain," menurut polis.

Polis juga menggesa orang ramai supaya menyerahkan maklumat secara online jika mereka mempunyai maklumat mengenai perkara ini. Polis turut mengingatkan orang ramai supaya menghubungi talian 999 jika bantuan segera diperlukan. 

Sumber : CNA/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan