Images
  • Singapore

SNEC perkemas cara rawat pesakit bagi tangani glaukoma

SINGAPURA: Bagi menangani kes penyakit glaukoma yang semakin meningkat, Pusat Mata Kebangsaan Singapura (SNEC) sedang memperkemas cara ia merawat para pesakitnya dan menggalak pemeriksaan awal mata secara kerap.

Siang tadi (18 Mac), sekitar 300 orang menjalani pemeriksaan glaukoma secara percuma di SNEC. Mereka juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang penyakit itu menerusi permainan interaktif.

Ini merupakan pesta glaukoma yang pertama kali diadakan di Singapura sempena Minggu Glaukoma Sedunia.

Glaukoma merupakan punca utama gejala buta di merata dunia. Di Singapura sendiri, SNEC menganggarkan satu dalam setiap 30 individu yang berusia lebih 50 tahun akan mengalami glaukoma dan jumlah itu bertambah apabila mereka mencapai usia 70 tahun. 

SNEC berharap ahli optik dan GP dapat memainkan peranan lebih besar dalam menyediakan penjagaan kesihatan mata.

Ini bagi membolehkan para pakar menumpukan perhatian kepada para pesakit yang mengalami masalah glaukoma yang teruk.  

- CNA/nd

Top