Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMRT ‘tukar’ kakitangan kanan susuli gangguan 20 jam NSL

Pengendali kereta api SMRT "menggantikan" seorang kakitangan kanan yang terlibat dengan kerja-kerja penyenggaraan, menurut satu memo dalaman syarikat itu semalam (12 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
SMRT ‘tukar’ kakitangan kanan susuli gangguan 20 jam NSL

Penumpang yang terjejas di stesen MRT City Hall.

Diterbitkan : 13 Oct 2017 09:13AM Dikemas Kini : 13 Oct 2017 09:24AM

SINGAPURA: Pengendali kereta api SMRT "menggantikan" seorang kakitangan kanan yang terlibat dengan kerja-kerja penyenggaraan, menurut satu memo dalaman syarikat itu semalam (12 Okt).

Ini diumumkan beberapa jam setelah pihak media melaporkan mengenai tahap penyenggaraan sistem pam air yang kurang mantap sebagai punca yang menyebabkan Laluan Utara-Selatan (NSL) tergendala selama lebih 20 jam pada minggu lalu.

Akhbar Lianhe Zaobao, yang sebelum ini membuat laporan itu, juga menambah kakitangan SMRT yang bertanggungjawab atas penyenggaraan peralatan mungkin akan dipindahkan dari tugasan mereka kerana gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Bilangan kakitangan yang terjejas bagaimanapun tidak didedahkan.

Dalam memo SMRT yang diperolehi Mediacorp, pengendali kereta api itu menyatakan Encik Siu You Wee dipilih untuk menggantikan kedudukan Encik Ng Tek Poo dalam menguruskan divisyen bangunan dan perkhidmatan.

Encik Ng sebelum ini adalah naib presiden penyenggaraan SMRT, sementara Encik Siu merupakan pengarah operasi stesen bagi laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat.

Memo yang diberikan kepada semua kakitangan juga tidak menerangkan sebab-sebab atas perubahan yang dilaksanakan mahupun butiran mengenai pelantikan Encik Ng.

Berdasarkan laporan SMRT pada 2016, Encik Ng yang merupakan naib presiden pemerolehan dan bekalan, sudah menjalankan tugas mengawasi pengurusan inventori dan operasi gudang. Beliau mula bekerja di SMRT pada tahun 2000 sebagai seorang pengurus penyenggaraan dalam perkhidmatan bangunan.

Pada 2012, Encik Ng, yang pada waktu itu naib presiden dalam bahagian penyenggaraan, juga merupakan antara pegawai SMRT yang memberi keterangan dalam pembicaraan jawatankuasa siasatan bagi gangguan perkhidmatan NSL pada Disember 2011 yang menjejas lebih 200,000 penumpang.

Gangguan besar-besaran pada 15 Disember 2011 itu berlarutan selama lima jam. Dua hari kemudian, penduduk Singapura sekali lagi terjejas dengan satu lagi gangguan yang berlaku selama tujuh jam. Ini mendorong Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk mengarahkan satu siasatan awam.

Semasa dihubungi Mediacorp semalam (12 Okt), naib presiden bagi perhubungan korporat Patrick Nathan berkata SMRT tidak akan memberi sebarang komen tentang kakitangannya. Namun, beliau berkata SMRT sedang berusaha mengukuhkan lagi pasukan bangunan dan kemudahannya selepas gangguan minggu lalu.

Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan