Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMRT siasat kerosakan landasan yang sebabkan kelengahan kereta api di NSL

Kerosakan landasan kereta api selama 20 minit menyebabkan kelengahan di Laluan Utara-Selatan (NSL) semasa waktu sibuk sebelah pagi tadi (30 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
SMRT siasat kerosakan landasan yang sebabkan kelengahan kereta api di NSL

Stesen MRT pada pagi 30 Ogos. (Gambar: Twitter ‏@dokteraria)

Diterbitkan : 30 Aug 2016 02:03PM Dikemas Kini : 30 Aug 2016 02:16PM

SINGAPURA: Kerosakan landasan kereta api selama 20 minit menyebabkan kelengahan di Laluan Utara-Selatan (NSL) semasa waktu sibuk sebelah pagi tadi (30 Ogos).

Khidmat kereta api lebih perlahan selama tiga jam dan ia kembali seperti sediakala pada pukul 9.10 pagi.

SMRT sedang menyiasat kerosakan itu, yang dipercayai ada kaitan dengan peralatan isyarat di landasan berdekatan Choa Chu Kang.

SMRT memuat naik catatan Twitter memaklumkan bahawa kerosakan itu menjejas khidmat kereta api dari Stesen MRT Yew Tee menghala ke Bukit Gombak pada pukul 6.08 pagi dan mengumumkan khidmat bas percuma bagi para penumpang terjejas.

Meskipun khidmat disambung semula 15 minit kemudian, kereta api terpaksa dipandu secara manual pada kelajuan 18 kilometer sejam, lebih perlahan berbanding kelajuan biasa antara 60 dengan 80 kilometer sejam, di sepanjang landasan yang terjejas, demi keselamatan para penumpang, menurut Naib Presiden Maklumat Korporat dan Komunikasi SMRT, Patrick Nathan.

Langkah itu menyebabkan perjalanan para penumpang lebih perlahan, dengan tambahan 20 minit waktu perjalanan antara Stesen MRT Woodlands dan Jurong East.

Khidmat bas biasa juga disediakan secara percuma kepada para penumpang yang terjejas sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Sumber : Today/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan