Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMRT: Bersedia hadapi gangguan khidmat di NSL

Para penumpang di Laluan Utara-Selatan (NSL) mungkin akan mengalami beberapa gangguan semasa pemeriksaan dijalankan terhadap sistem isyarat baru yang akan dimulakan pada Isnin depan (Mei 29), kata SMRT.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 May 2017 08:05PM Dikemas Kini : 27 May 2017 02:21PM

SINGAPURA: Para penumpang di Laluan Utara-Selatan (NSL) mungkin akan mengalami beberapa gangguan semasa pemeriksaan dijalankan terhadap sistem isyarat baru yang akan dimulakan pada Isnin depan (Mei 29), kata SMRT.

Para penumpang mungkin mengalami keadaan di mana pintu-pintu kereta api dan platform dibuka atau ditutup dengan perlahan sedikit atau kereta api berada di stesen lebih lama daripada biasa, atau berhenti seketika di antara stesen kereta api, menurut pengendali kereta api itu, pada hari Jumaat.

Pemeriksaan sistem dijadual bermula semasa hari-hari biasa sepanjang bulan Jun bagi mengurangkan ketidakselesaan para penumpang.

Bagaimanapun, para penumpang di Laluan NSL tetap dinasihatkan untuk menjangkakan masa tambahan pada perjalanan mereka, katanya.

Lebih ramai jurutera SMRT akan memantau dengan teliti prestasi sistem isyarat berkenaan bagi menangani beberapa isu.

Lebih ramai kakitangan stesen kereta api juga ditugaskan untuk membantu penumpang, kata pengendali.

"Pemeriksaan prestasi itu perlu untuk memastikan masalah - masalah awal dapat diperbetulkan," kata Encik Alvin Kek, Naib Presiden kanan bagi Operasi Rel (NSEWL).

"Kami terus meminta para penumpang agar bersabar dan mohon kerjasama mereka selama kami bekerja sepanjang tempoh percubaan ini untuk memastikan sistem baru ini dapat dilaksanakan secepat yang mungkin." 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan