Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMRT bekerjasama dengan firma Jepun, Myanmar; sedia khidmat limusin di Yangon

 Syarikat pengangkutan awam terbesar di Singapura akan bekerjasama dengan syarikat Jepun Toyota Tsusho Corp dan sebuah syarikat dari Myanmar untuk menawarkan khidmat limusin secara bersama di Yangon bagi menampung keperluan pengangkutan premium

Anggaran Waktu Membaca:
SMRT bekerjasama dengan firma Jepun, Myanmar; sedia khidmat limusin di Yangon

Kereta-kereta syarikat Strides Transportation, anak syarikat SMRT Taxis. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 16 Oct 2017 03:49PM Dikemas Kini : 16 Oct 2017 03:51PM

YANGON: Syarikat pengangkutan awam terbesar di Singapura akan bekerjasama dengan syarikat Jepun Toyota Tsusho Corp dan sebuah syarikat dari Myanmar untuk menawarkan khidmat limusin secara bersama di Yangon bagi menampung keperluan pengangkutan premium.

Strides Transportation Pte. Ltd, anak syarikat SMRT Corp, memeterai perjanjian dengan kedua-dua syarikat tersebut untuk menubuhkan usaha sama luar negara yang pertama bagi SMRT Strides Toyota Alliance.

Khidmat limusin dan kereta sewa di ibu kota komersil Myanmar itu dijadual bermula pada suku pertama 2018.

Usaha sama berkenaan akan menggunakan pelbagai kereta mewah dan akan menambah lagi 100 kenderaan dalam tempoh dua tahun bagi memenuhi permintaan limusin, termasuk khidmat menjemput pelanggan dari lapangan terbang dan hotel serta menyediakan lebih banyak pilihan bagi para pelancong mewah dan korporat.

Strides akan memegang 60 peratus saham dalam usaha sama itu, sementara Toyota Tsusho Asia Pacific Pte Ltd dari Singapura dan syarikat Myanmar itu pula akan memegang 20 peratus saham setiap satu.

Pada awalnya, Strides akan menggunakan kenderaan-kenderaan di bawah jenama Toyota yang dibekalkan oleh Toyota Tsusho dan kemudian mengembangkan khidmat tersebut dengan jenama-jenama lain setelah menyemak semula keperluan pasaran, kata Encik Tony Heng Yew Teck, pengarah urusan SMRT Taxis & Private Hire Services.

Menurut beliau lagi, pelaburan itu akan mengukuhkan lagi pengaruh syarikat itu dalam pasaran yang berkembang pesat itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat-syarikat besar seperti Uber Technologies Inc. dari Amerika Syarikat dan Grab Taxi Holdings Pte. Ltd dari Singapura berjaya menembusi pasaran Myanmar, meningkatkan lagi persaingan dalam sektor pengangkutan privet negara itu, yang pada mulanya dikuasai oleh penyedia khidmat teksi tempatan seperti Hello Cab dan Oway Ride. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan