Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim kerja tunggal bagi MXO dalam perkhidmatan awam

Satu skim kerjaya tunggal akan dilaksanakan bagi para Pegawai Eksekutif Pengurusan (MXO) dalam perkhidmatan awam mulai Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
Skim kerja tunggal bagi MXO dalam perkhidmatan awam
Diterbitkan : 10 Mar 2015 04:49PM Dikemas Kini : 10 Mar 2015 04:51PM

SINGAPURA: Satu skim kerjaya tunggal akan dilaksanakan bagi para Pegawai Eksekutif Pengurusan (MXO) dalam perkhidmatan awam mulai Ogos.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Teo Chee Hean berkata, kedua-dua pemegang ijazah dan bukan pemegang ijazah akan diambil bekerja, dan melalui peningkatan kerjaya di bawah Skim Eksekutif Pengurusan yang dilanjutkan itu.

Bercakap semasa perbahasan jawatankuasa peruntukan di Parlimen, beliau berkata semua pegawai yang mempunyai gred yang sama, akan dinilai kelakonan dan potensi mereka dengan cara yang sama.

Para pegawai yang dinilai menunjukkan prestasi dan potensi yang sama, akan mempunyai peluang-peluang yang sama bagi peningkatan kerjaya, sama ada mereka pemegang ijazah ataupun tidak. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan